Ok Rumah Wardina Dipecah Masuk
Friday, January 13, 2012, ϟ
Assalamualaikum....warga blog...dan semua peminat Wardina Saffiyah,,,mmg sngt mengejutkan dngn berita ni tapi dngr cerita keadaan nye teruk,,,untuk mngetahui lebih lanjut,,,ape kate kite bace coretan wardina safiyah sendiri
"Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam “SHHHHHH” katanya.“Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh saya. Jawab saya dengan yakin“Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas” Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang saya ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya. “Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?
Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi. Namun itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.
Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersemat dalam diri. Seperti pita video buruk yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya. Adakalanya bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar dengan sendiri. Wajah mereka kini sering mengganggu dan menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil masa untuk di’lupa’kan. Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. Namun akhirnya gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, “Syukur Ya Allah” “Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi tadi.
Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini? Mencuri demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, “saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran keapda mereka “Jangan sentuh isteri saya”, “jangan kacau anak saya”. Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam, di kamar birunya. Diikat tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.
Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya, saya akan bermatian sehingga nafas terakhir, mempertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya. Rupanya Eka saudara saya dari Aceh yang kini membantu saya ditarik dari kamarnya dibawah keatas dan disuruh bersama saya didalam selimut. Saya memeluknya.
Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya berikan dan letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka ilik Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! Saya yakin! Tidak lama kemudian terdengar tangisan Imran.
“Imran” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukan saya. “Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya.“Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku. Sword Imran tak akan mungkin membantu. Satu ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel sepertinya. “Ya Allah pelihara anakku” bisik saya dalam hati. Tidak lama selepas itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami bertiga memeluk erat sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka disebelah saya. Saya harus berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk dikaki saya. Alhamdulillah kami semua ada bersama.
Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata“Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.
Apa pun setiap yng berlaku adalah ujian daripada Allah subhanahuataala...diharap agar Wardina tabah,,,anak2nya masih lagi trauma dan tidak mahu pulang ke rumah...
new past



